Pendapat umum Kemerdekaan_Scotland

Terdapat banyak pungutan suara pendapat yang dijalankan mengenai kemerdekaan Scotland sebelum referendum yang berlangsung tahun 2014.[39][40][41][42][43][44][45] Profesor John Curtice menyatakan pada Januari 2012 bahawa sebanyak 32% hingga 38% penduduk Scotland menyatakan sokongan terhadap kemerdekaan negara mereka.[46] Hal ini Ini telah sedikit merudum sejak SNP pertama kali dipilih membentuk kerajaan Scotland pada tahun 2007. Walau bagaimanapun, kajian selanjutnya juga menunjukkan bahawa perkadaran penduduk yang menentang kemerdekaan juga telah menurun. Curtice menyatakan pada bulan April tahun 2014 yang sokongan untuk kemerdekaan telah meningkat sejak bulan Disember 2013, walaupun ada perselisihan di antara syarikat pungutan perihal keadaan sebenar pendapat khalayak ramai.[47] Pungutan yang menyusul sebelum pungutan suara itu dilakikan menunjukkan jurang ditutup, dengan satu pungutan suara mendapat keputusan Ya dengan nisbah 51 ke 49. Dalam referendum tersebut, rakyat Scotland mengundi menentang kemerdekaan pada 55.3% berbanding 44.7% yang menyokong dasar ini, dengan peratusan mengundi sebanyak 84.5 peratus.

Pungutan suara pendapat yang dijalankan sejak enam minggu selepas referendum 2014[48]  telah menyoal orang ramai mengenai pilihan mereka pada referendum yang seterusnya sekiranya ia dijalankan. 25 pungutan suara dilakukan setahun selepas referendum tersebut dengan tujuh belas daripadanya memperoleh "Tidak" sebagai jawapan utama, tujuh pungutan suara mendapat "Ya", dan satu pungutan suara mempunyai perkadaran responden yang sama untuk kedua-dua pendapat.[49]

Rujukan

WikiPedia: Kemerdekaan_Scotland http://www.apnewsarchive.com/2014/Scotland's_Vikin... http://www.bbc.com/news/politics/eu_referendum/res... http://www.globalpolitician.com/articledes.asp?ID=... http://www.heraldscotland.com/news/politics/suppor... http://www.heraldscotland.com/news/politics/yes-vo... http://www.heraldscotland.com/politics/political-n... http://www.heraldscotland.com/politics/referendum-... http://www.heraldscotland.com/politics/referendum-... http://www.heraldscotland.com/politics/scottish-po... http://www.heraldscotland.com/sport/spl/aberdeen/i...